Memories 2017 & Happy New Year (Part 2)

Assalamualikum and salam sejahtera,

Untuk 2017 memang agak memeritkan sikit especially perkara-perkara yang melibatkan mental and emosi. But alhamdulillah i manage to get through it and semua pengalaman tu la yang buat kita makin kuat kan.

so for this entry aku nak update gambar sepanjang tahun 2017. Tahun yang bermakna since banyak masa yang aku spend dengan family and tu semua buat aku satu keluarga lebih rapat. kalau tak sebelum ni asyik nak gaduh jer antara kitaorang adik beradik. 


p/s: and tak berapa bermakna bagi memori-memori yang menyakitkan macam broken heart, ditipu, and yeah get back to someone yang dah banyak kali sakitkan kau and end up diabaikan lagi. HAHAHAHA padan muka sendiri .

so here we go... bismillah~


Time kerja ice blended awal tahun 2017 dulu. 

i make new friends and semuanya budak-budak. But sampai sekarang kalau aku lalu dekat econsave tu semua berlari peluk and bergayut dekat aku. Bapak ah, drama betul budak-budak ni. Sweet sangat. erm rindu :')


Pengganti aku time nak berhenti kerja tu and end up jadi pelajar politeknik muadzam shah jugak. hahahahaha

sama kecik, sama pendek macam aku jugak  :P


FAMILY DAY DEKAT PD ;)



Berkelah habis. Siap buat kambing bakar lagi. 



Angah and dikpi. Angah cakap taknak mandi sebab takut kulit dia gelap. 
cehh, mengalahkan aku yang perempuan -_-"


Kumpulan dugong wannababeh!!!!!!



As u can see... minah belakang tu dah hangus. bahahaha padan muka.



erm.. Penemuan Duyung ???

erghhh... Too hot just like you.


1..2..3 ehhhhh... Lol sesuka hati kau jer lalu cam jebon depan tu. Hahaha



And last for PD memories. 



NEW EXPERIENCE of 2017 => HIKING!!!

Hiking Gunung Angsi dekat Ulu Bendul/Bukit Putus

Time OTW.. Fresh jer muka kennnnn....


Time dah sampai rasa nak pengsan.. and aku lah yang paling last... muahahah
stamina teruk giler. siap muntah lagi atas gunung tu.

iqbal dengan waiz pun relax jer main lari-lari panjat gunung. perghh kalah teruk aku.



Tengok la tu.. relax jer. ni time pertengahan ni. aku dah tak cukup nafas tapi dorang bahagia jer mendaki.

Last-last nak sampai atas tu im tarik aku sambil belari naik ke puncak sebab aku macam nak mati dah hiking. nasib baik tak tersungkur.



2707 feet height ft muntah 
erm.. sweet memories


Hiking Bukit Batu Putih dekat Port Dickson

Otw naik. 



Bukit batu putih ni rendah jer... Jalan Tar mendaki sikit dalam 500m gitu then masuk hutan sikit terus panjat batu. Sampai dah puncak bukit batu putih.

But still aku semput. muahahah tapi tak seteruk humairah la.

Okay sampai dah. View dia dari atas batu ni sumpah lawa. Dengan batu dia semua putih and laut kat belakang. maka bergambar la puas puas.



i did it.. (Lepas tu muntah celah batu,selekehnya la perangai.)

Lawa kennnnnn... 
and yer aku hiking pakai kasut converse jer ;)

Tengok.. effort aku untuk ambik gambar orang. Tapi time orang ambikkan gambar aku banyak betul yang buruknya. erghhhh

Dah berpeluh...dah muntah apa semua kan? haa minum la revive.
menyegarkan.. aumm.


OTW turun.. as u can see humairah dah pitam. at least aku better la kan dari dia. 

bukan setakat pitam tapi......


sampai berdukung lagi time turun. teruk betul.



Dah turun batu putih singgah blue lagoon kejap. makan and rehat.
mak dah siap bekalkan kitaorang nasi ayam. hee... 

HIKING PART END ~


MELAWAT DIKPI KAT MADRASAH / MANDI KOLAM AIR PANAS
(Batang Kali)


Landskap kolam air panas dekat batang kali ni serius lawa. and ada banyak2 kolam yang berlainan suhu. And sedikit berbau.. maybe bau belerang la kot 


iqbal with his sixpack.. LOL.. gilak. 
aku??? hmm xpalah.. next...





BREAKFAST & TAMAN ULAR SAWA ULU BENDUL


Mula-mula abah ajak gi breakfast jer maka aku pun sarung la apa yang hado jer, ehh sekali dia ngajak gi tengok ular pulak. layan jer la...


Orang maybe ingat aku sekolah rendah bila tengok gambar ni. hahaha


Berat kot encik sawa ni, terseliuh tengkuk aku.


Mak takut ular. Tengok la tu kemain belakang lagi


And salah satu lagi tarikan ialah.... Encik gemok yang gebu and gendut nih. 
geram kita!!


KONVO DAY (DIPLOMA)

Orang lain dari 2 hari sebelum tu lagi dah spam gambar pakai baju konvo, aku hanya mampu scroll IG sambil study Muet. ermmmmmm

Nak konvo pun macam-macam hal aku nih. Dengan mana tak dapat hadir dinner and raptai konvo sebab ada muet, then lepas habis muet rush balik rumah and then rush nak gi bahau tunggu bas. 
But end up hari tu takde bas nak ke Muadzam... Ha..ha..ha
So terpaksa ke segamat dulu then ke muadzam pulak. erm memang pukul 9 malam baru sampai muadzam.

nasib baik member ramai yang baik hati lagi manis datang jemput and offer kita tido kat homestay dia. kalau tak merempat ler aku. 

Thanks kalian. Love you. <3


Orang lain semua excited nak ambik gambar dengan baju konvo and aku excited nak dukung adik orang. (adik kartica)
ish geram ler kita dengan budak tembam ni. pipi tu dahla sama dengan kakak awak. dahi tu pun. 
kalau siapa tak kenal maybe dia ingat awak anak kakak awak. hahah



satu gambar konvo dengan mak and abah


satu lagi dengan member-member yang terserempak tengah jalan.


and last gambar selfie sendiri. 
(tukar tudung sebab muka nampak bulat)

Bapak hambar konvo kau ni zulaikha. 
Hambar!!. hahahaha



 Melawat tempat membesar => KUANTAN GAMBANG !!!!!



 btw a few days before pergi kuantan humairah kena appendik and kena operate.
dalam pada sakit tu sempat lagi dia rembat tudung aku bawak gi hospital.
-_-"

Datang kuantan ni sebenarnya sebab nak datang kenduri kahwin anak kawan abah dulu which is salah sorang anak dia pun kawan aku time kecik dulu.

Tapi member aku takde time tu sebab dia masih dalam latihan polis so tak dapat datang kenduri kahwin abang dia. Cehh... aku baru nak usha dia, tengok dia still pendek macam aku ke tak.

Dahler suka buli aku dulu suruh tolong sharpkan color pencil dia.

Dah alang-alang dekat kuantan ni maka abah pun bawak la kitaorang jalan-jalan tempat yang kitaorang pernah pergi dulu.

 ahh memory betul.. rindu weh.



Taman Teruntum, Kuantan.

Well, dah tak secantik dulu. Kesian haiwan haiwan dekat sana macam tak ter urus jer.
aku malas nak cakap lebih2 but burung unta tu bulu dia botak, buaya ada yang hilang sisik dia. wait.. sisik ke? erm paham paham jer la. Kuda dia kurus and nampak tak sihat. ikan keli bercampur dengan kura-kura and mostly ekor ikan tu rompong. haishh

Hmm i kenot lah tengok haiwan camtu.



but still ambik gambar dengan haiwan. erm dasar munafik kan zulaikha ni.



kalau anda zoom kan gambar ni maybe anda boleh tengok ex aku tengah bergayut.



SANGKAR kura-kura. it's not kolam ke hape.
kura-kura and labi-labi banyak tapi kecik jer tempatnya  :')



Taman teruntum ni dekat jer dengan pantai... so alang-alang tu pergi la ambik gambar dengan sunset gittew.

korang tengok la perempuan ni, gigih gila nak naik atas batu, dengan baru lepas operate nya. kalau aku maybe nak gerak pun takut. takut perut terbukak balik. erghh NGERI!!!



dah lepas dah naik atas pertolongan iqbal.




antara banyak-banyak gambar ni jer yang gambar aku nampak elok. 
aku ni memang spesis yang tak photogenik.

btw time otw ke pantai tu kena lalu dekat kereta yang parking berderet. then ada satu kereta ni ada 2 lelaki dalam tu. masing-masing macam relax ( masing-masing seat dah rebahkan half ) then aku TERnampak tangan lelaki kat pemandu tu usap-usap peha member dia.

So aku biarkan jer la and terus ke pantai. Lepas dah nak maghrib so aku gerak la balik and still lalu dekat sebelah kereta yang sama. Lol masih lagi dok main usap-usap and ramas peha member dia (tak tau nak explain macam mana tapi kalau korang nampak pun macam tak boleh nak husnudzon sangat... huhuh).
 korang pehal weh? jangan la mesra-mesra KAP WAU NYIT. adik-adik aku nampak kot. 
tak baik untuk perkembangan otak mereka.



And yup.. ni la tempat paling banyak abah bawak gi jalan-jalan sejak dari kecik lagi. Depan tu hospital HTAA and tempat lahir angah, imran, humairah and iqbal.


12 tahun kot duduk kuantan dulu. Sejak dari aku baby lagi. 
Sumpah rindu!


andddddddd... our favourite Tomyam Thai restaurant ! 
sejak dari kecik lagi kot memang kalau nak makan Tomyam abah bawak kesini la.

Ni kedai baru dia. kedai lama dia dekat jalan OTW nak ke Sg. Panching tu rasanya. 
Tepi jalan jer.

Owner ni sangat-sangat baik dengan family kitaorang. Selalunya kalau datang melawat memang dapat makan free *hikhik* walaupun abah nak bayar tapi memang dia tak bagi. berkeras gak taknak. katanya tetamu. dahla tak bagi bayar, bila nak balik macam macam pulak dia bagi. 

Moga pakcik and makcik murah rezeki dan diberi kebahagian dunia dan akhirat, AMIN!



A DAY BEFORE NEW YEAR


yup.. masih pendek. hmm



Since dah berapa bulan kerja tapi takde pun nak keluar jalan2 apa semua maka deal la dengan umairah nak gi jalan-jalan and tengok wayang.

and then aku menyesal. 
Baru ingat aku ni boros. pantang nampak semua nak beli so sis pokai untuk awal tahun. kah.


layan pitch perfect 3. 
Lol aku suka gemok tu. Mulut puaka betul. hahah.


and hasil tangkapan untuk last day 2017. 

Ingat nak celebrate new year sekali tapi abah dah call berpuluh kali.
 Petanda pendek umur la kalau kau tak balik cepat-cepat.


THE END FOR 2017 
AND WELCOME 2018

I wish for a better year la untuk 2018 ni. And nampaknya 2018 ni macam a good start gitu.
Semoga semuanya berjalan lancar. amin.











Comments

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D