SEBUAH KISAH SERAM DI PAGI HARI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah sekian lama tak update blog so hari ni aku ada kisah seram untuk korang,

Ceritanya bermula bergini, setelah beberapa bulan tanam anggur tanpa hasil maka aku pun dapat la kerja atas ehsan supervisor aku time praktikal and aku dah kerja dekat 2 bulan jugak la dekat syarikat ni.

Nak dijadikan cerita pagi tadi aku kelam kabut nak gerak gi kerja (biasa la tu perangai aku lagi 10-15 minit nak masuk kerja baru gerak, sejenis manusia yang tak reti nak gerak awal) so aku pun sarung kasut, ambik helmet and naik motor yang ada berdekatan kain baju yang mak gantung dengan penyangkut baju dekat penyidai buluh. And aku pun terus pecut motor gerak gi kerja dengan pintu pagar rumah tak tutup. 

Ni kalau kambing masuk memang sihat uwan aku mengejar kambing keliling rumah and memang bernanah telinga mak abah aku kena bebel dengan uwan aku. Tapi apa aku kisah, aku dah lambat nak pergi kerja so melulu jer la dengan harapan mak tutup. "Erm maafkan kak yong mak".

Masa tengah sedap pecut motor tiba tiba ada satu kawasaki yang dinaiki laki bini hon-hon aku. Masa tu pun jalan lak lengang gila. kereta dari jalan bertentangan pun takde lalu. Bikin cuak betul la, motor tu still lagi hon aku and then dorang potong aku sambil laki bini tu jerit kat aku "Dik!! Kain Terbang Dik!.. Kain Terbang!!" 

Sebab aku ni sound trouble lagi blur so mula mula aku dengar macam " Dik! tak angkat tumpang" a.k.a tongkat motor. Bila check dengan kaki elok jer dah angkat.. then lagi sekali dengar "Dik!! Kain Terbang Dik!.. Kain Terbang!!" aku pun toleh kebelakang and damn berderau darah aku!

YA ALLAH, Ada kain hitam terbang ikut motor aku! 

Apa aku nak buat ni, apa dugaan kali ni... minggu lepas baru jer jatuh motor, luka pun baru nak elok. Menggelabah aku. Then aku pun cuba tengok lagi sekali kebelakang untuk pastikan hantu biadap mana yang mengikut aku ni...
.
.
.
Sekali lagi tengok.......  
.
.
.
Laa... Rupa-rupanya seluar jeans aku siap dengan penyangkut baju aku angkut dari rumah. 
Satu kaki jeans tu aku terhimpit bawah bontot, maka yang selebihnya jadi kain terbang yang bikin seram di pagi hari.

Erm dahla malu dengan laki bini kawasaki tu then susah payah aku tarik seluar tu sambil bawak motor. Then kepit celah kaki sebab motor aku motor scooter so takde bakul and puas aku tahan segan masa berhenti kat traffic light. Akhirnya seluar jeans tu pun selamat sampai ke tempat kerja dengan aku.

Selamat sampai tempat kerja and ni gak la seluar time aku accident minggu lepas!


And ni gambar-gambar accident jatuh motor minggu lepas. siku,lutut,tangan muka and bibir pun tercium jalan tar. hahah

Jatuh masa nak gi kerja pagi jugak tu sebab tayar botak and time tu hujan sikit so bila kereta depan brek tiba tiba aku pun emergency brek maka lepas tu terus ke bilik emergency klinik.. Huhu... First time naik ambulan weh.


Tapi alhamdulillah sekarang dah okay dah, tayar apa semua dah tukar sebab insaf, 
Paling penting luka dekat muka tu tak berparut. 
YESS!!


and thanks yang concern hari tu. Sis terharu ;)
love u.. muah :*


Okay tu jer KISAH SERAM DI PAGI HARI dari aku...

p/s: apa kau ingat kisah hantu? hahahaha

Comments

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D