Pages

Follow by Email

click to see ahmad maslan face :D

Saturday, 4 June 2016

Period/Haid Lewat 3 Minggu

Assalamualaikum and hye..

Hari ni aku nak kongsi sikit pasal kes aku lewat period / haid dekat 3 minggu hari tu. Firstly nak habaq awai awai yang ceq bukan pregnant hokayyy... kahwin pun dak lagi.

Kebiasaannya memang haid aku alhamdulillah normal. sebulan sekali. kiraan datang haid pun aku hafal dah (1 minggu datang haid, 3 minggu free. And repeat) walaupun aku selalu lupa bila tarikh first datang and habis tu. (Penting untuk ingat sebab bila pergi check, pregnant apa semua doktor akan tanya)

But peliksssnyer bila untuk bulan april hari tu haid tu nak take a rest lak. Bayangkan dekat 3 minggu tak datang datang period lagi. Last habis haid 25/3 tapi sampai 2/5 tak keluar keluar. Siapa tak cuak camtu and dah pikir bukan bukan dah such as  cyst, monopause (tetiba jer padahal baru 21), urat putus ke or so on. Bila dah cuak tahap gaban mula lah google sana sini and berlambak lambak cerita pasal pregnancy. uishh apakah? haha, salah topik ni. Aku tak pregnant la.

But alhamdulillah 3/5 tu dia mai dah. Dah puas bercuti dah kot -_-" . Tapi satu lagi masalah bila darah tu non stop keluar untuk 2 minggu. uishh ni lagi cuak, so dalam hari ke 13 tu dengan berat hati pergi la klinik untuk buat medical check up.

Bila kat klinik and kita kata ada masalah dengan haid, soalan pertama dorang ialah "Dah kahwin?" ehh choiii sangat, kalau dah kahwin haruslah bawak Mr husband temankan, Eh tetiba tergatal.. haha. And soalan kedua penting ialah tarikh mula period sebelumnya and tempoh waktu haid beserta kitarannya. Haa semua tu kena ingat, kalau rasa macam payah nak ingat and pelupa macam aku nih, maka amat disyorkan install menstrual calendar  dalam handphone. So nanti senang, apa apa hal check kat handphone jer.

Then doktor akan tanya ada ambik apa apa pil tak? and i was like... "ermmm ada"...
pil apa? "erkk.. pil hormon " and doktor tu macam "awak makan pil tu sebab doktor syorkan ke?" "pil hormon apa yer?" "Apa sebab awak makan pil tu?"

Huishhh.. banyak giler soalan dia, serba salah aku rasa. so i told her yang aku ambik "Pil Hormon Cina" ambik sendiri sebab nak tambah berat badan sebab berat turun mendadak and takleh naik. (padahal sebelum ni aku gak yang beria nak kurus)

Lepas tu doktor tu bebel kat aku, cakap bahaya kalau ambik pil tu tanpa suggestion doktor tambah tambah kalau pil hormon yang takde kkm and tak tau statusnya. And dia cakap gak pil hormon ni berbahaya sebab dia bukan sekadar boleh besarkan payudara tapi juga boleh sebabkan ketumbuhan dalam rahim macam kanser or cyst.

Lepas dah puas dia bagi ceramah free dia scan perut aku. uishh, rasa macam pregnant jer and fefeeling nak scan baby, haha. Dia scan sebab nak check kalau kalau ada apa apa yang abnormal kat rahim aku. Tapi takde apa pun. Time tu lak perut kiri aku macam sakit sikit mungkin sebab period kan and dia tanya sakit ke bila dia tekan situ. Bila dah kata sakit lagi dia tekan tekan and ambik gambar scan kat situ. uishh, mendera ke apa ni T_T"

 Then dah sudah tu dia ulang lagi ceramah dia tadi sambil tulis laporan kat kad kesihatan.. Aku just iye and okay kan jer sembil tebalkan muka dengan misi and pembantu doktor yang mendengar. T_T
And dia ada cakap gak, kalau period aku tak normal lagi lepas ni dia akan rujuk aku ke pakar gynaecology kat hospital besar sebab takut ada apa apa ketumbuhan.

Lastly dia bagi aku ubat tahan sakit jer. cesss... Aku taknak gi klinik dah. haha. Sekarang ni pun rasa macam dah normal, so okay la tu. stay normal yer my uterus.

If sesiapa yang ada masalah macam ni aku syorkan korang pergi klinik cepat cepat. Jangan menggelabah tak tentu pasal and pikir bukan bukan baru gi klinik ( macam aku :P ). Bukan apa, tak salah pun pergi check awal awal. Kalau ada masalah, dapat detect awal and dapat la ubatkan dari tak terkawal. Kalau yang dah kahwin tu kalau check awal awal mana tau dapat good news awal ke :P .

that's all.. thanks baca ;)

No comments: