Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

Assalamualaikum and Hye...

Firstly, hakak nak ucap salam Ramadhan Al-Mubarak bagi Ramadhan yang kunjung tiba in a few days. Eh, esok last dah. Haa makan puas puas. Yang perempuan tu dah habis ganti ke belum puasa tahun lepas? tak habis ganti silalah bayar fidyah nanti :P .



Sebab dah nak masuk ramadhan maka aku tengok macam ramai jer promote biskut biskut raya. Sekali pandang macam sedap, Dua kali pandang okay dah tau memang sedap pun untuk dikunyah depan TV and bukannya untuk dibuat biskut raya.. heee. Sebab tu mak tak bagi aku buat kuih raya awal awal. Kalau boleh 2 3 hari nak raya baru dia bagi buat. Tu pun lepas buat kena cepat cepat sorok dalam almari. kalau tak, tak beraya la biskut raya tu.

So haritu aku try satu Resepi Biskkut Coklat ni and resepi biskut tu memang rangup and sedap dikunyah. (eh, cam pelik jer. apa apa jer la. hakak tak reti nak ulas and komen pasal makanan ni.. hehe)

Tanpa membuang masa resepi Biskut Coklat Rangup ialah :-

Bahan-bahan :

  • 250g Mentega  (hari tu aku guna daisy, lebih buat kek coklat before tu)
  • 160g Gula Halus (Kalau nak tambah manis or kurangkan pun boleh, berdasarkan selera masing masing)
  • 2 biji  Telur (Dalam resepi tu tulis 2 biji telur kuning tapi aku masukkan jer semua sebab taknak membazir. hehe)
  • 400g Tepung Gandum 
  • 50g Serbuk Badam (Option nak letak ke tak. aku tak letak pun)
  • 80g Tepung Beras
  • 50g Serbuk Koko (Diayak, sebab koko macam ketul ketul sikit. kang tergigit dalam biskut lak)
  • 2 Sudu Teh esen vanilla (Ni aku tak letak sebab baru perasan takde kat rumah. Function dia untuk hilangkan hanyir telur tu jer)
  • Coklat urai or apa apa jer hiasan yang korang nak letak.. hee



Caranya :


  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Kemudian masukkan Telur bersama essen vanilla
  • Masukkan serbuk badam, serbuk koko, dan juga tepung (tepung tu masukkan sikit sikit, jangan main terjah jer.) Pukul lagi hingga menjadi adunan yang lembut and uli pakai tangan. (Kalau lembut sangat tambah tepung sikit, agak agak tak melekat kat tangan gituu.
  • Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan. (Suka hati lah nak buat bentuk bulat ke, bunga ke, petak ke or segi tiga.)
  • Lepas tu korang boleh la hias biskut korang tu. Nak letak coklat urai ke gula hiasan warna warni ke boleh jer. hakak letak gula hiasan bintang bintang jerrr. Baru la fefeeling "ku petik bintang, untuk kau simpan~~~" okay stop. Tau korang menyampah. haha
  • Last but not least, Bakar pada suhu 175'c selama 20 minit.
  • Nak tau dah masak ke belum cer torai tolak biskut tu. kalau dia dah gerak and tak melekat masak dah lerr tu.

Hari tu aku buat biskut ni dengan waiz. Bagus, rajin adik aku sorang nih. Aku pegang jer mesin buat kuih tu start la dia datang mintak "Kak Yong nak kacau" and aku " Dah jangan mengacau" .. Tapi last last bagi gak la dia buat sebab beria nak nolong. From the start sampai la dah siap bakar semua biskut dia tolong, tak gerak gerak dari dapur.  Lepas jer siap dia tertidur kat depan. Paham.. letih la tuuu. Aku ni pun sakit pinggang nak sudahkan.








Haaa, yang bulat bulat tekap tu waiz buat. Bulat jer dapatnyer.
 Acuan lain ntah kemana, tak jumpe.


Bunga bunga tu i buat hokay.. 
"Time belum bakar okay la, lepas bakar terus macam rupa takde harapan T_T"



Sama jugak perginya dengan Kek untuk birthday Abah ni. Time mula mula bakar kemain elok dia naik menggebu. Dah nak masak dia merudum macam pointer aku sem 2. Haish sedih betul. Terus huduh lepas aku letak toping, sebab toping coklat tu jadi berkolam T_T"



Ni la rupanya lepas bakar. Kan dah kata takde harapan.. haha T_T .

Ikut resepi atas tu dapat la dalam setengah balang bekas Tupperware besar tu and dapat la bertahan 2 hari untuk buat makan makan depan TV. Takleh nak kata apa, family aku ni semua badan keding (kecuali humairah :P) tapi memasing suka mengunyah tak kira masa. Nasib la tujuan utama buat biskut ni memang untuk makan makan.

Tu jer.. Selamat mencuba and selamat menjalani ibadah puasa yang bakal tiba. Salam Ramadhan ~



Comments

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D