Pages

Follow by Email

click to see ahmad maslan face :D

Sunday, 29 May 2016

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Assalamualaikum and hye.

Hair Wax Homemade...

Berhari hari plan nak update tapi asyik la ada jer masalahmya.. haa, today nak share cara buat hair removal jenis wax punya. senang cerita untuk cabut bulu bulu yang tak diingini lah. hee...

Some girls ada masalah dengan bulu bulu yang agak luar biasa dari yang sepatutnya kat tangan and kaki (tak tau nak cakap camne -_-) and kalau cukur pakai pisau cukur selalunya bulu yang tumbuh akan lebih tebal and lebat pulak.. lagi la haru dibuatnya.. T_T' . So the safe way is pakai lah hair wax untuk cabut bulu bulu durjana tu hingga ke akar.

Hair wax boleh didapati di kedai kedai macam watson and guardian. contoh brand yang ada hair wax ni ialah Veet, ada lagi jenama lain rasanya tapi aku tak tau.

Ada jugak peniaga peniaga online jual hair wax yang dorang buat dari gula and madu. Boleh gi cari dalam Insta and FB yer. Sebotol ada la dalam lingkungan rm 20-40 ikut kuantiti.

Tapi kalau nak jimat, buat sendiri jer la kan kan kan....

antara bahan bahan yang diperlukan ialah :-


  • Gula Pasir (dalam 2 cawan)
  • Lemon jus/ cuka/ Limau nipis (dalam suku or setengah cawan)
  • Madu dalam 2-3 sudu besar (suka hati nak tambah ke tak) 

Cara-caranya:-

First, korang masukkan jer gula tu dalam periuk and petik api. Api tu slow or kecik jer satgi jadi gula hangus pulak. then kacau kacau la sampai dia start cair.


Lepas tu masukkan jus lemon or cuka or limau tadi and kacau lagi.keep on kacau sampai gula larut (Fyi, benda ni mengambil masa yang agak lama. So sabarrrrrr . api biar kecik jer. And kalau nak masukkan madu boleh masukkan madu.


Kacau sampai dia dah berbuih and menggelegak and keep on kacau. haa, part ni kena jaga jaga sikit sebab taknak wax korang keras sangat or cair sangat. 

Untuk lebih selamat try tutup api sekejap untuk tengok warna wax korang. it should be light brown. kalau kuning kuning kencing (maaf terpengotor :P ) maksudnya masih belum masak wax korang tu.

Agak agak dah masak wax korang tu biar dia sejuk kejap dalam 10 minit then baru salinkan bekas.

TAKE NOTE: Jangan gegedik nak try test pegang wax tu walaupun lepas 10 minit. Melecur satgi. Time nak pakai pun pastikan wax tu sejuk or suam suam susu bayi baru pakai (peribahasa baru). 

Tunggu la dalam sejam and tengok keadaaan wax korang. Kalau tak keras sangat, just guna tanpa panaskan. Kalau keras, boleh rendamkan dalam air panas sampai wax tu lembut baru guna.


Cara Guna:-

Cara nak guna korang boleh terus apply kat kawasan yang korang nak cantas guna sudu yang sesuai. Sapu tu jangan la nipis sangat and jangan la tebal sangat sebab lepas tu nak tampal kain cotton kat area yang dah sapu wax tu.

Kain cotton tu pandai pandai la cari, Aku hari tu pun kebas kain batik lama mak aku ;P , Menjeling mak sebab tengok kain batik dia compang camping kena potong.

Dah sapu wax then tampal kain cotton. biar 1 minit, and cabut laju laju dari arah yang berlawanan dari arah bulu tu.

Feeling dia.. perghhh,.. N.I.K.M.A.T, haha. Sakit sikit tapi bagusnya nanti bulu yang tumbuh lagi halus berbanding kalau cukur pakai pisau cukur.

Haa that's all... Nak cuba boleh cuba. Taknak cuba boleh pergi beli hair wax kat kedai or korang boleh pergi spa ke mana mintak dorang cabut/wax bulu bulu tu.. euwww... hahah

daaa... salam 1 pagi.. ehh salam subuh.
Thanks baca ;)

No comments: