My Brothers and Kenangan Bersama TUDM =D

hye..hye..hye..


Minggu lepas Angah berhenti belajar then 2 hari lepas Dikpi balik rumah sebab jatuh jamban kat madrasah so kira takde la alone sangat jiwa lelaki aku nih. kalau tak, rasa hambar sangat. rasa cam sensorang jer kat rumah sebab tak ngam dengan budak budak kecik 2 orang tu, Dengan humairah lagi la tak ngam sebab dia perempuan. Bila ada 2 orang tu rasa macam ada geng sebab dorang suka sakat and berkomunikasi dengan aku. almaklumla aku nih sangatlah malas nak berkomunikasi, kalau boleh nak memerap jer dalam bilik. kadang kadang bila waiz banyak tanya pun aku marah kata bising.

from the left, iqbal, dikpi and angah

and today such others bored day kat tempat praktikal ni. macam biasa kerja aku adalah download movie, bukak facebook, baca blog blog and kadang kadang cuba untuk siapkan report.


then suddenly Dikpi wassap dalam group family. ingatkan amenda la dia dok hoi hoi orang rupanya nak tunjuk baju yang dia buat sendiri.. yang dia jahit sendiri. punyalah bangga kan dapat buat baju t-shirt sendiri. bila aku kata macam buruk jer, dia siap cakap lagi yang dia buat baju tu tanpa pertolongan mak. cehhh bajet betul. 


but not bad la baju t-shirt dia tu. and sebagai wanita yang tak berapa wanita memang aku sangatlah fail menjahit sebab kesabaran aku sangat rendah. baru jahit sikit aku dah ngamuk ngamuk kata mesin jahit tu gila. heheh


ni baju yang dia jahit

dia buat, dia jadi model

among all of our siblings dialah yang lain macam kreatif dia tu. dalam semua aspek dia kreatif and berdikari. sejak dari kecik dulu ada jer projek yang dia buat. and otak dia ni kiranya bijak gak la. among all of my brothers yang hafal Al-Quran dialah yang berjaya hafal 30 juzu' tapi tak berjaya lagi nak baca direct 30 juzu' tu. kira okay la tu. as long as dalam otak dia dah ada keseluruhan al-quran. dari aku yang kosong..kosong..kosong ni kan.

angah/ ustaz Zaid =D

Angah pulak yang paling lemah dalam pelajaran but dia sangat bertanggungjawab and jalankan tugas dia sebagai abang first in my family *kadang kadang tahap bertanggungjawab dia tu sampai mengarah orang buat kerja -_-"* .

 Dia seorang ustaz and Pengasas madrasah tu sangatlah baik dengan dia sampai dia sambung belajar hari tu pun dapat tajaan penuh dari pengasas madrasah tu. Duit belanja pun tiap tiap minggu dapat. perghhh, untung giler. aku nih takde siapa yang nak sponsor belajar. so terpaksa la buat online business sikit sikit.
 -_-"
kalau takpun dulu time angah kerja memang mintak dia support aku sikit. 

Dia gak paling kemas. kalau bandingkan katil aku dengan katil dia bangun pagi aku memang kalah teruk, kalau bandingkan almari dia dengan aku pun lagilah teruk berganda aku kalah.. hahah. tapi tu la, dia ni pengemas tapi perangai sakai. sakai dia tu macam pakai baju yang sama tu for a week. erkkk... Just bab kekemasan memang dia no 1. rambut wajib style. baju wajib smart. and dia sangatlah marah kalau aku buat perangai selekeh dengan dia. Normal la lelaki kan nak yang cantik jer. 
sob..sob.. sedih aku. aku selekeh pun kat rumah jer pun, kalau kat luar macam johny dipp.


from the left waiz, imran, iqbal

Next... Imran. Dia ni pandai tu memang la pandai tapi sangatlah lambat matang. Time sekolah rendah dulu memang aku yang kena siapkan dia sebab dia tak reti nak jaga diri sendiri. kalau takde sesiapa yang nak check keadaan dia sebelum gi sekolah dulu memang dia pergi dengan rambut serabut and tak gosok gigi gi sekolah. And bila dia cakap dengan aku memang aku rasa nak terajang jer sebab dia tak gosok gigi. Lagi..lagi..lagi.. dia ni tak reti langsung dress code yang sesuai. bayangkan la dia boleh nak gi kenduri kahwin pakai tracksuit yang lama and koyak. 


Paling kelakar bila dia bawak kain pelikat untuk baju spare time mandi Ulu bendul and then time nak gi taman ular sawa dia pakai kain pelikat dengan t-shirt. Time tu mengucap panjang mak tengok perangai dia. kitaorang adik beradik lak lari jauh jauh dari dia sebab malu (sambil gelak tak ingat dunia). hahah


 Tapi tu dulu lah. sekarang ni dah okay dah. rambut dah botak so sentiasa kemas la kan. gigi pulak makin putih sebab dia berus gigi and pakai kayu sugi. then dia macam try nak bergaya tapi masih fail so dia selalu dapatkan nasihat kakak and abang dia. Paling amazing bila dia start bina badan. badan dia keras and ketak ketak gitu. Geram aku tengok. Selalunya kalau dia balik dari madrasah memang aku jadikan dia punch bag aku. best tumbuk sebab badan dia keras and dia pun relax jer. suka..suka..suka.. hehe hehe

Paling aku minat kat imran ni bulu mata dia. memang jeles. sebab bulu mata dia ni panjang and melentik. dahtu mata brown lak tu. Dulu time dia kecik kecik dia pernah gunting bulu mata dia. katanya sebab panjang sangat. hahaha.. sakai betul.

Pasal iqbal and waiz malas nak cerita dulu. dorang kita letak dalam entry lain pulak. heee =D

Dan mempersembahkan gambar gambar untuk tatapan masa hadapan. 

so takde la haru sangat kalau tetiba netbook rosak and berasap ataupun memory handphone tetiba nak damaged sendiri ataupun telefon kau tiba tiba kena format T_T
*That's all jadi kat aku okay* T_T    T_T     T_T

before im bina badan (2013)

after im bina badan (2015)

Oleh sebab aku nak siapkan entry ni maka aku mintak gambar gambar raya dari dikpi (sebab fon aku kena format and memory pulak rosak) So dia bagi siap dengan detail sekali gambar tu. siap kata time bila aku tak mandi lagi and time bilanya yang aku dah mandi. pfttt -_-"

Gambar time raya 2015 =D
caption dikpi: Time kakyong belum mandi

caption dikpi: masa lepas kau mandi. pukul 3:00 pm

sikit punya biadap budak ni. aku mandi tengahari kot raya hari tu. --______--"

Macam raya yang lepas lepas gak aku selalunya akan ada masalah dengan baju raya. selalu raya kedua takde baju tapi ni raya first lagi aku takde baju so aku kata, aku taknak raya. then mak kesian dengan aku yang macam nak nangis sebab takde baju raya punya pasal, mak bagi duit suruh aku gi beli baju raya kat giant. nasib baik jumpa baju yang murah, not bad and tak perlu gosok. *bahagia rasa* =D

 pukul 10 dengan tak mandi gi merempit giant carik baju raya and selipar raya sambil beli bahan untuk mak masak juadah raya. tengahari baru sampai rumah and siap. tengahari baru nak pakai baju raya and siap cantik cantik. T_T sedihkan raya aku. hahah

Angah and Mak lepas balik solat raya

Angah and dikpi. before aku photobomb gambar dorang.

PHOTOBOMB... BOMB~

Dorang wefie before aku gegedik nak join gak.

again aku photobomb.. aucakkk  =D

Gambar wefie siblings dalam kereta untuk raya 2015.
muka angah dapat half jer. haha


Gambar Raya 2013 =D


Raya 2013
from the left : dikpi, angah and me
raya 2013 kat rumah wan & tok andak


Gambar raya 2009 =D


Comel jer time bebudak ni kecik kecik dulu. our raya on 2009 =)

Time waiz baby. omaigadd rindunyer nak ada baby.
sekarang waiz dah besar and nakal. tak sah kalau aku tak sakat dia. hehe

Imran and Iqbal. dulu takde camera fon yang canggih so ni jer la dapatnya.
takpe.. asalkan ada kenangan kan 

p/s: gambar aku tahun tu memang takde and gambar angah lak nyorok belakang iqbal tu. time tu dia malu malu nak ambik gambar semua. dulu ambik gambar pun malu sekarang ni siap selfie and send berpuluh puluh gambar ke aku. chett betul.

Gambar ke PD 2015 =D


Nak gerak ke PD  =)

Muzium Tentera darat PD


from the left (front) : iqbal, waiz
from the left (behind) : humairah, me and imran


Tahun 2011 aku form 4
Kat taman ular sawa Ulu bendul


When kau baru sampai rumah lepas final exam
and angah gegedik suruh datang jemput dia. pfffttt
2015

Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) -2010-



See abang askar ensem ni. first time dapat manja manja dengan abam askar ensem.
 siap abah tolong tangkapkan gambar. heheh

That day sangatlah panas. tapi aku kisah apa, berlari sini sana sambil kendong waiz (that time waiz tak reti jalan lagi) . panjat kapal terbang sana sini dengan high heels 3 inci beb. hahah.. zaman aku fanatik dengan high heels dulu. sekarang tak mau dah. sakit pinggang bila jalan lama lama pakai high heels.


from left: humairah, iqbal and waiz

I really love Kapal Terbang sebab dari kecik kot duduk dalam kem askar and Abah pun technician kapal terbang dari dulu lagi (kat kuantan). Dulu time kecik kecik selalu ikut abah gi tempat kerja. 

Kitaorang selalu main main kat hanger kapal terbang tu (tempat simpan kapal terbang. macam gudang gitu..hiks). lari sini sana. dengan orang tak kenal pun (budak lain) selamber jer gurau gurau and sakat orang tu.


kat tempat pilot. tak dapat jadi pilot, dapat duduk kejap pun jadi la =P
from left: humairah, waiz and aku =D
And after kapal terbang tu dah siap baiki abah akan check tengok enjin and yang lain lain tu berfungsi atau tak. Then abah akan startkan engine. perghh... bingit telinga dengar bunyi kapal terbang tu. tu salah satu sebab aku agak pekak sikit. bhahahah

*that time orang dewasa yang baiki kapal terbang jer pakai penutup telinga. kami budak budak ni tutup telinga pakai tangan. sadis.. haha* 

*my abah bukan pilot but dia orang yang last sekali pastikan engine tu semuanya berfungsi dengan elok and start kan engine then jalankan sikit jet tu then break and turun balik. hehe*


Abah pernah jadi technician for MIG 29 on ATSC and HAWK amenda ntah (lupa). Tapi paling best semestinya time abah kerja dengan ATSC sebab bila ada jamuan raya ATSC, ATSC akan bagi duit raya yang agak banyak and a lot of food and ice cream. best beb.. besttt.. bahagia gila rasanya time tu.
tak yah cakap, semua jenis makanan ada time tu. satay and ayam bakar pun ada. kau just datang makan jer then ada cabutan bertuah pulak yang dilekatkan bawah kerusi.

sumber google

dia buat jamuan tu kat hanger kapal terbang so area depan hanger dia letak table untuk warga pekerja dia and belakang tu ada kapal terbang. luar hanger tu dia pasang kemah and kat situ lah ada banyak banyak makanan. kau cuma perlu pergi kat kemah ambik makanan berapa banyak yang kau nak and bawak balik ke meja kau. and again memang best gilerrr  =D
*1 khemah satu jenis makanan*


Zaman 2010 dulu. comel comel jer memasing. and aku pun nampak tinggi time tu. hehe.

Gambar atas ni bergambar dengan kapal terbang apa ntah.. sukhoi kot.. ke hawk.. ke ntah la.. aku pun dah lupa.. hahaha

Gambar bawah ni pulak bergambar dekat kapal terbang muzium port dickson. see perbezaan 5 tahun lepas dengan sekarang. *crying*. Dulu im tinggi iqbal jer, sekarang lagi besar dari aku. Humairah pun sama tinggi dengan aku and lagi besar dari aku.
*crying sebab aku masih tak besar besar T_T.*


Sekali lagi letak gambar ni untuk suruh bandingkan atas and bawah. haha jauh beza T_T


That's all.. daaa

P/s: to future zulaikha, jika kau lihat blog ni pada masa hadapan sila nangis sebab kau dah tua tapi masih lagi kecik. hahah T_T

Comments

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D