LATIHAN INDUSTRI DI HOSPITAL K.PILAH (POLITEKNIK MUADZAM SHAH)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

hari ni entry aku pasal apa yang berlaku sepanjang latihan industri ni. walaupun sebenarnya bosan ya amat bila praktikal dekat Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Namapun hospital so macam tak banyak sangat kerja and kes.

Yang paling kerap staff hospital call pun just mintak tolong sebab printer tak boleh print.
Sedih gak la sebab selalunya macam tak tau nak tulis apa dalam jurnal refleksi and 2 or 3 minggu sekali baru la dapat update tu pun atas kebaikan pak cik google.
paling kelakar bila wad bersalin call sebab dah seminggu tkde internet, sekali check cable longgar. mengamuk che mat, dahla dah seminggu baru nak report. haha

Tapi tak der la pishang sangat bila dapat ronda ronda keliling hospital,

Dapat masuk dewan bedah:-
kat sini korang kena tukar baju hospital (baju asal korang cabut semua except yg dalam dalam tu) and kalau yang pakai tudung tu kena bukak tudung and pakai topi untuk bedah tu *tak tau apa namanya*. tapi ada gak yang macam spesis tudung punya, and kena masuk dalam baju. bila pakai benda tu sumpah rasa macam alien weh. segan ya rabbi. and nak masuk kena tanggal stokin serta pakai selipar yang disediakan.

Unit Sterile:-
lebih kurang kena macam dewan bedah gak. tapi dorang masih boleh bertolak ansur lagi. dorang just suruh pakai baju jer. lega rasa. kalau tak mesti segan tahap dewa. dahla ada abang hensem yang naik motor kawasaki ninja dalam tu.. wuuu.. piwittt ...

Jabatan Forensik + Bilik mayat:-
yang ni aku masuk pintu depan jer sebab suasana dia memang terasa seram walaupun siang. bila dia suruh letak komputer dalam bilik bedah siasat mayat aku terus keluar. sumpah jebon tak sanggup. takut wehh.. mana tau kang ada pulak yang berkenan and ikut aku balik kan.
p/s: cam kat bawah ni rupa bilik bedah siasat mayat *ehsan encik google*

Unit Hemodialysis:-
yang ni tempat orang cuci darah sebab kegagalan buah pinggang gitu.
tempat ni okay tapi ada satu bau yang sangat menyengat. tak tau bau apa. sama ada darah or apa apa liquid yang digunakan. and tempat ni kira seram gak bagi aku sebab ternampak depa cucuk pesakit tu and nampak darah pesakit mengalir macam air dalam straw. k stop.. euwww.

banyak lagi tempatnya tapi macam tak best sangat kan so malas cerita.

seriously praktikal yang melibatkan networking tersangat la kurang. paling ohsem pun suruh aku betulkan switch dekat cara kerja yang rosak sebab hujan. hurmm.. tu jer la *nangis jap sebab nyesal ambik kat hospital*

TAPI... bestnya bila kau lalu kat pintu pagar, mak guard akan bukakan pintu untuk kau. rasa macam bos sat.. ehem..ehem..*kalau pakai pas hospital*. kalau tak pakai memang bergaduh sampai masam muka dengan mak guard tu. dia tetap tak bagi kau masuk.

k that's all..

Comments

Ain said…
Salam .. kak nak tanya ada tak membe akak budak programming buat Li dkt hospital . Biasanya dorang buat keje apa n berapa elaun dia bagi

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D