Tips Diet Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku nak bagi beberapa tips diet yang dikira berkesan jika gigih melakukannya. The reason entry ni gak sebab adik perempuan aku tu dah 2 hari tak nak makan nasi.aku rasa semua tu sebab aku yang selalu ejek dia gemuk. Bhahaha (gelak jahat).

Atually... actually... actually is... aku bosan duduk rumah, tu yang kerja aku menyakat budak 3 orang tu. Kalau tak Humairah, Iqbal.. kalau tak Iqbal, Waiz.. hahaha. Heaven rasanya.
Yang Humairah tu bukan apa.. kadang- kadang aku suka panggil dia banyak kali.. then bila dia respon aku akan cakap “aku lagi kurus dari kau” sambil gelak jahat. Heee... Hobi tu. :D

Okay jom kita tengok tips-tips diet kat bawah ni. Sebelum aku merepek pergi topik calculus and so on.



Tips diet ni aku bagi dari awal pagi sampai malam nak tidur.

 1)          Sebelum sarapan. Sebelum sarapan aku syorkan korang ambik segelas jus Lemon. Ambik la dalam setengah biji Lemon, perah bagi semua air dia keluar and campur dengan air suam. Then tambah la gula sikit sebagai perasa .(Selalunya kalau dah minum air lemon dalam tengahari kang confirm korang akan masuk jamban punya.)

#say cheese to happy diet :D#
P/s: kalau aku, aku tambah garam.. sebab aku peminat no 1 jeruk asam dan segala mak datuk benda yang masam masam ni. Owh yer.. kepada sesiapa yang ada gastrik tak disyorkan untuk tips no 1 ni. Kang kot merangkak ke hospital.


2)          The most important dalam tips diet ialah korang kena... harus dan wajib ambik sarapan. Sarapan tu penting untuk bagi tenaga pada badan untuk mulakan hari korang. Tambah tambah kalau korang dah minum jus Lemon tadi. Korang memang kena ambik sarapan untuk alas perut dan juga bagi mengelakkan asid lemon tadi mengikis perut korang. Sekeping roti pun dah memadai. And there's some fact yang kata tak ambik sarapan merupakan salah satu faktor gemuk. Tapi tak tau la, aku tak mengkaji menda tu.


3)           Buat senaman ringan mengeluarkan peluh di awal pagi dan petang. Senaman ringan yang aku maksudkan tu macam jogging... berbasikal... atau kalau korang macam takde semangat nak lari aku ada lagi 1 tips. Tipsnya adalah... korang baling batu kat anjing and biarkan anjing tu kejar korang. #Such a healthy life :D#
P/s: Senaman pagi tu better dibuat sebelum sarapan. Kang dah sarapan kot pancit.


4)           Makan buah buahan sebelum makan nasi. Sunnah nabi pun galakkan kita makan benda yang tak dimasak oleh api dulu. Siapa kata makan buah dulu hanya time nak buka puasa dalam bulan ramadhan jer. Yahudi pengaruh kita untuk makan nasi atau makanan berat dulu baru buah buahan (sebagai pencuci mulut) tapi masyarakat mereka sendiri makan buah dahulu baru makanan berat. Tujuan makan bua bauhan dulu dalam tips diet ni supaya korang tak makan nasi berlebih lebihan. Juat ambik sepotong buah betik and ia mampu mengurangkan kuantiti nasi yang korang makan.



5)           Kurangkan kuantiti Nasi and lebihkan lauk seperti sayur, protein dan kekacang. Kalau korang selalunya makan 5 senduk nasi so kurangkan kepada 2 senduk jer. Atau korang boleh kurangkan sikit demi sedikir. 
As example hari first tu korang kurangkan jadi 4 senduk, the next day 3, and the next day 2 and so on. Sampai la korang just makan 1 senduk jer nasi . 1 senduk nasi untuk lunch and 1 untuk malam.
And lauk pulak pastikan lauk tu bukannya dari kategori yang berminyak. Seelok eloknya makanan yang dibakar, dikukus atau direbus. Makanan bergoreng boleh tapi pastikan minyaknya tidak terlalu banyak. Banyakkan juga makan sayur sayuran hijau as sawi, kailan, bayam and so on.


6)            Satu lagi tips penting dalam tips diet adalah banyakkan meminum air masak. Air masak bukan sahaja membantu membersihkan dan melancarkan sistem pencernaan malah ia mampu mencantikkan kulit. Kajian membuktikan minum air masak sebanyak 3 liter sehari mampu menghilangkan kulit kusam and buat kulit kelihatan lebih sihat.

7)           Pastikan tidak makan apa makanan berat atau makanan ringan yang tidak sihat 4 jam sebelum tidur. Ketika proses pencernaan akan terjadinya proses pemecahan lemak oleh sebab itu makan 4 jam sebelum tidur boleh menyebabkan kegemukan. Hal ini kerana makanan mengambil masa 4 jam untuk dicerna di dalam perut dan ketika tidur makanan tidak boleh dicerna dengan baik dan menyebakan lemak yang sepatutnya dipecahkan menjadi tenaga hanya menambah dan menempel di peha..betis..perut..dan bawah dagu korang.


Okay itu saja 7 tips diet sihat dari aku. Yang lain lain pergi google sendiri. Otak aku cramed duduk dalam aircond nih.
Olahan, penulisan dan penerbit : Siti Zulaikha Azahari ;)


p/s: Waiz pun diet gak pagi nih. Dia cuma makan buah rambutan untuk sahur. Ngengada budak tu. Dan terpaksa la Mak gi ambikkan rambutan kat pokok luar. -_-'

Comments

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D