Pages

Follow by Email

click to see ahmad maslan face :D

Thursday, 29 December 2011

BaBy YoG& ~~ ??

isn't it GRAZY ?

come on la... budak tu baru usia 2 minggu.. buat cam anak patung..
aQ risau kot2 bdk tu jatuh or mengalami kecederaan jer..

huhu...jangan la nk wat kerja gila weii.. mati ank org tu nnti..



tengok la tu macam bukan benda bernyawa jer dia buat..


( sekadar gambar hiasan )

p/s: aQ bagi peringatan jangan lakukan aksi ini dimana2..



Tuesday, 27 December 2011

soalan biasa ditanya dari lelaki

assalamualaikum....

kepada yang mengenali diri ini pastinya tau la macam mana sifat aku ni kan... terutamanya kepada kenkawan dalam FB la.. aQ x sombong kan !!!  :)

anyway sifat peramah aku ni  rasa macam berkesan kat laki jer... ngan perempuan berapa kerat jer pon..
perempuan, pon harapkan kenkawan sekolah & adik2 angkat..
yang lain semua laki... adoiyyyy...

and aku gak selalu ditanya dengan 1 soalan yang wajib ... jarang ada lelaki yang skip soalan yang tu.


aku x kisah kalau soalan dorang adalah..
CONTOH:

1) write the formula of lead oxide..
2) do a equation for ..... bla3...
3) apakah nama bini ke 2 Raja Gopal ? (dia kwin 2 ke?? ntah la hntm jer..)
4) berapa ekor kutu di rambut Ally Cats ....
5) berapakah umur semut yang menetas semalam..
6) kenapa binatang yang haram (b*b#) tu x leh dongakkan kepala ? ( answer: sbb dia xda leher )
7) kenapa Datuk Najib x ambik PMR/SPM ?
8) apa yang kuar lam SPM nnti??
9) atuk aku dah bapa kali kawin ?
10) berapa umur nenek aku?


tapi fevret soalan dorang ialah seperti perbualan di bawah...

Boy: ada no fon x?
honest Girl :P : xda.. x pki tpon la
Boy: btul ke ni ?
honest Girl : betul la..
Boy: hurmmm yeke?
honest Girl: btul la..
Boy: hurmm ok..





selang beberapa minit/jam/hari/minggu/bulan/tahun kemudian

Boy:  awak nak no fon .. awak kata nk bgi no fon
Girl: sy x pkai tpon la.. bila msa lak sy ckp cmtu..
Boy: ehh ada la hari tu
Girl: ckp bek2 sikit.. mna ada..
Boy: yerla2.. awak sy jnji x bgi no fon awk kat spa2..
GirL : (senyap.... <xclly boring nk jwb> )


then datang lelaki2 len pulak... arghhh tensionn aku !!!!
nasib baik tak da depan aku.. kalau x memang aku jerkah dah (jerit/bercakap dgn nada kuat)

so sometime aku akan bagi no tepon polis... bukan apa sebab memang aku dah bengang dengan soalan ni..

tapi aku suka status ni:


Boy: nak no fon boleh ..

Girl: ok ni no fon mak sy.. awk call mk sy tnya boleh x ?
        klu boleh ni no fon ayah saya ... call dia pulak.. kalau ayah saya pun kata boleh..
        ni no fon tok kadi ... kalau tok kadi pon kata boleh kita kahwin terus...


haa.. camni baru bagus !!!

p/s: tapi bukan untuk aku la..

Monday, 26 December 2011

iklan2 lawak














aku suka tengok iklan2 thailand sebab iklan dorang lawak & pada masa yang sama dorang mampu sampaikan meaning yang mendalam atau maksud iklan tu ...
tapi apapun kebanyakan lebih kepada lawak..

and...... EnJoY !!!

style tudung

yang ni cuma copy and paste dari : http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/11/koleksi-jenis-jenis-dan-fesyen-tudung.html 

Sumber Artikel: 
http://www.soutulmujahid.com/ 


Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.


1. Tudung Nasi Lemak

Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.




2. Tudung Bukit

Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...



4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.




Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim]

5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri...


6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana... Tak terkata. Fesyen? Entah... Mungkin pembaca lebih arif


7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.


8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]


*****

Entry sentap lagi. Maaf. Bukan nak menghentam kaum wanita. Cuma nak sentap je. Baguslah kalau anda terasa. Tapi terasa je tak cukup. Semoga kalian menjadi muslimah sejati yang menjadi pendokong deen Allah. Amin... :)


Sumber : http://meriahuoll.blogspot.com/



cara pakai tudung ni mudah je...anak tudung..belasah je anak tudung apa...pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik...siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni....


tudung ni pulak mmg biase...makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya...ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap...pantas....


ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer...ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat...so makcik2...paling sesuai ketika hendak kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah...


ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar...kadang tu sampai tutup kening....ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya....ni yang menekankan penutupan aurat ni...


tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya...ikat belakang...jalannnn...lalalala


bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya...ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap...wardina x muka akak?...


bila wardina punya tudung populer...ade lagi tudung baru..tudung binda katanya...nak jugakkk.... kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka...chantek sangat aku....


then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap...mudah cepat....macam2 kaler ade...pelangi..tompok2..ko cakap je...(dah macam jep sepah dah akak)


di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya...variasi katanya...yer kerr...


ni tudung ala2 mak datin...bagi nampak rambut...ala2 kelas tanya..bagi nampak remos....jambul...ko mampu?


pernah nampak orang pakai tudung cam ni?...ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia...meniaga katanya ..panas...bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain...bagi jelas dengor...

so wardina dah ade tudung...binda dah ade...so akak nak jugak...akak namakan tudung senduk...

langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase...tudung bawal lagi bagus...


langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru...


langkah 3: amik tudung lain corak2...bendera juga boleh yer...


langkah 4: amik tudung warna tadi...letakkan di bawah dagu....ala2 nak gantung diri gitew


langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat...pastikan nak bukak mulut pun susah yer....


langkah 6: ikat reben..pastikan kemas...


tadaaaaaa...siap.......chantek kan...


nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya...dah siap tudung senduk....gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua...melawat saudara di hospital tampoi...


kalau nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas....untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua belah lubang hidung...



gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian...


sekian terima kasih


selamat mencuba...

p/s: yang buat demo2 tdung mcm poyo tu adalah lelaki... haha.. lawak kan..
walaupon post ni dh lama tapi apa yang org tu perli memang btul kan..kan..kan..

Saturday, 24 December 2011

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

only copy & paste ( from : gengcerita activeboard )
 p/s: baca la... macam2 cita ada at activeboard ni.. agama.. seram..lawak..teladan..dan lain2 lagi.. serius memang bez tau..


selain dari highway karak yg famous dengan cerite angker....aku jamin korang pun mesti pnh dengar cerite2 misteri kat area bukit putus?
 jalan bukit putus ni menghubungkan seremban-kuala pilah. mase adik aku belajar kat UiTM kuala pilah, selalu gak la aku ikut jalan ni klu nak bershopping ke seremban.


Aku mmg banyak dengar cerite pasal misteri jalan bukit putus ni. Disebabkan jalannye yg banyak corner maut, maka banyak jugalah maut disitu. dahlah selekoh tajam, jalannye pulak kecik je. kalau bertembung dengan trailer sure makan jalan. disebabkan rupa bentuk jalannye yg maut...maka banyak jugalah maut di situ.

cerita 1 < by ahli geng cerita (RAZMANOXSAUREX)>

 Kebetulan, ex supervisor aku orang rumahnya dari kuala pilah. so die selalu la ikut jalan tu. die pernah cerite, mase tu die baru kawen. hari minggu dieorang pun weekend la balik kuala pilah. lalu kat jalan bukit putus tu dalam pukul 4 pagi. tah macamana masa kat corner yg first tu, dieorang boleh tersampang dengan pakcik naik basikal..masing2 diam buat tak nampak. masuk corner kedua..eh jumpe lagi. Supervisor aku ni dah tak sedap hati dah. masuk corner ke tige...dieorang nampak lagi pakcik tu kayuh basikal..rilek je..tibe2, wife supervisor aku cakap..."pelik la, pakcik ni dah 3 kali kite jumpe" terus supervisor aku marah wife die sebab mulut cabul. barulah orang rumah die paham, yg dieorang nampak tu bukan manusia. tibe rumah mertua, wife die terus demam.

cerita 2

tu tak dahsyat lagi. die cerite lagi kat aku, member baik die kene sakat lagi kaw. (untuk menyenangkan cerite kita bagi watak ye...hehehe) mase lalu kat bukit putus, wife si abu ni tak tahan nak terkucil sangat. so dia pun suruh la abu berhenti je kat tepi jalan. 5 minit kemudian, pintu belakang di buka dan ditutup semula..abu ingat wife die dah selesai buang hajat. maka abu pun tekanlah pedal minyak blah dari situ. ygg peliknya, kenape wife die tibe2 dok belakang n senyap je. tak lame kemudian, ade sebiji kereta  main2 lampu high low dari belakang. makin lame kerete tu makin cucuk belakang kereta abu. mulanya abu takut gak..die pecut kereta sampai kat tempat kawasan rehat tepi jalan. area situ ramai driver lori yg take rest. tibe je kat situ... entah macamana, wife si abu ni muncul dari dalam kereta yg dok follow die dari belakang tadi. menggigil abu...sebab die baru teringat..kalau bukan wife die yg naik kerete lepas buang hajat tu...sape pula yg naik?

cerita 3

cerite yg aku dengar lagi....area bukit putus tu memang banyak makan nyawa. lagi satu jalan ni betul2 tepi gaung. so dengar ceritenye, ramai mangsa kemalangan yg jatuh terus kedalam gaung tu. ade yg jumpe dah mati...nasib tak baik langsung tak jumpe terus. wallahuaklam...cerite paling sadis, satu van pekerje kilang mati kat situ..tah berape hari baru orang jumpe. tah betul ke tak tak taulah aku.
amaran juga pd pengguna kat situ, korang jangan singgah klu terjumpe warong kat jalan corner2 area situ...hehehehehe
(jalan bukit putus skang dah ade alternatif baru, kerajaan dah siapkan satu jalan baru kat sebelah bawah)

cerita 4 ( by mr MAT THE MATICS )<ahli geng cerita>

Member aku dulu punya la gila, duk kat Meranti, keje kat Seremban... So hari2 la ulang-alik, dan hari2 la balik agak malam... Ntah macam mane satu hari tu, terpaksa balik lambat, so memang lalu kat Bukit Putus tu agak lewat malam.. Nak tak nak kene balik... So bile dah tengah2 jalan kat Bukit Putus tu die terasa berat jer moto die... Dalam berani2 takut, seselamba jer die cakap, "Ko nak tumpang ek.. Takpe2, meh aku bawah ko jalan2 makan angin"... Dah nak kuar Bukit Putus tu baru moto die ringan balik...

cerita 5

, lebih kurang sama macam atas(saje kasik rapat), terpaksa OT, dah masuk pagi baru sampai Bukit Putus... Mate member aku tu nantok sangat, ntah macam mane tengah amik corner, leh plak tertido.. Sedar-sedar die bangun dah terang... tapi yang peliknya, cantik jer moto die gan die-die kat tepi jalan, tanpa da sikit calar kat badan mahupun kat moto die... Pastu die bangun angkat tangan, kate "Time Kasih Geng"...

cerita 6 (by aQ <diceritakn oleh kk lang aQ >)

ada satu family ni lalu area bukit putus tu .. time tu waktu maghrib , yang drive adalah ayah kepada kawan kak lang aku tu .. sampai satu selekoh tu ayah dia ni nampak la seorang lelaki ni macam terbongkok-bongkok cari something .. so ayah dia pon tegur la "cari apa tu?" then terus blah camtu.. diorang sebenarnya tak perasan yang lelaki tu bukan manusia and x cukup sifat<bukan cacat>..  sebenarnya lelaki tu adalah salah sorng mangsa xciddent kat bukit putus tu..
haa.. cuba teka dia cari apa?   dia cari kepala dia yang terputus dan still berada dalam helmet.. dan selepas jer beberapa selekoh dari tempat ayah dia tu tegur , dorang eksiden.. tapi alhamdullillah xda sapa cedera... and untuk info semua kereta dorang masuk gaung tau.. tapi cmna dorang boleh safe aku x tau..wallahhualam...

perbezaan isteri dan girlfriend

Some people say:
Wife is a  HARIMAU ...............

Girlfriend is HARI HARI MAHU
And some say:
Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP)

At home watch TV, Go out bring HP.

No money, sell  TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.


TV is big, bulky and most of the time old but HP is cute,  slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding.


Most ImportantTV got remote but HP don't have.
                 
Last but not least.......
TV do not have virus but HP have VIRUS......
Once get it,  HABIS LAH.

So better choose TV lah

p/s:  lawak kurang asam betul la.. :P

surat.. bapak Gf to ---> Bf





SURAT DARI BAKAL BAPAK MERTUA KO...

p/s: aku tabik kepada bapak2 gadis camni.. haha


Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.Sekian,

Yg ditakuti,
Bapak Kepada Gf ko.